KLiK Me

Sunday, May 9, 2010

HaRi KeLuArGa PPD







Sebenarnya Gambar Ni Dah Lama Pun Cuma Tak Sempat nak masukkan dlm blog je...Hari Keluarga Pejabat Pelajaran Daerah Gombak ini diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama staf dan pegawai..maklumlah kalo kat ofis semua buat kerja dan hal masing2...Jadi Inilah Msanya kami dpt 'rileks sikit' daripada tekanan kerja2 di pejabat..
Ramai Kakitgn Pejabat ini yg mmpamerkan aksi dan skill masing2 dlm pertandingan yg diadakan....Masa nilah nak tunjuk hebat dlm semua acara yg dpertandingkan..hehehe..

Friday, May 7, 2010

Cuti Cuti Malaysia...











Hmm.....Lamanya Tak Update Blog...Rasa Janggal Pula Bila Nak Update Blog Kali Ni...Sebenarnya Erda Ada Cerita Yang Hendak DiKongsi Bersama...Pada 1 Mei Yang Lepas Bersamaan Dengan Hari Buruh, Erda telah Bercuti Ke Melaka Sebuah Bandaraya Yg Bersejarah.....

Sebelum Tu Erda Memang Sudah Beberapa Kali Kesana Tetapi Sentiasa Tidak Berkesempatan Untuk Merakam Keindahan Dan Kesenian Tempat Bersejarah Itu....Dengan Berbekalkan Kamera Digital Sony , Erda Berjaya Juga Merakamkan Gambar2 Yg Indah Dan Menarik Untuk Tatapan Semua...

Seperti Yg Diketahui Umum..Melaka Merupakan Sebuah Pelabuhan Yang Strategik Terutamanya bagi Pedagang2 Luar....Hal Yg Demikian Telah Membuatkan Portugis,Belanda Dan British Berminat Untuk Menjajah Melaka...Nama Melaka DiKatakan Bermula Dengan Kedatangan Parameswara ,seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka.

Di Melaka Juga Erda Dapati Pelancong Terutama Dari Negara Barat Amat Gemarkan Sesuatu Yg Bersejarah,unik dan Menarik..Maklumlah Ditempat Mereka Tiada Seperti Itu...Keunikan Beca Roda Tiga salah satunya sentiasa diabadikan mereka dalam kamera lensa untuk dibawa sebagai bukti yang mereka pernah menjejakkan kaki di Negeri Yg Bersejarah ini...Selain itu Erda dapati juga mereka amat gemarkan kraftangan buatan tempatan kerana amat unik dan menarik...Terdetik juga Dihati Erda Betapa Mereka Amat Menghargai Buatan Tangan Anak2 Tempatan Yg mana Tidaklah Sebesar mana Jika Mahu Dibandingkan Dengan Kraftangan Dr Negara Mereka Sendiri...

Sebenarnya Erda Amat Berbangga Dengan Warisan Negara Di Negeri Melaka Ini...Kadang2 Kita Sentiasa Berbangga Kerana Dapat Melancong Ke Luar Negara Sedangkan Pada Masa Yg Sama Ramai Pelancong Luar Begitu Teringin Untuk Sampai Ke Negara Kita...Melanconglah DiDalam Negara Dahulu ,Kenali Negara Sendiri Terlebih Dahulu SEbelum Anda Mengenali Negara Orang....Sbenarnya Banyak Lagi tempat2 Yg Menarik Yg Sbenarnya Kita Belum Lawati Lagi Dalam Negara Ini....Org Kata Hujan Emas DiNegara Org,Hujan Batu DiNegara Sndri...Lebih Baik Di Negara Sendiri...